Wednesday, September 2, 2009

MERDEKA

Free Malaysia Flag icon
Persekutuan Tanah Melayu
31 ogos 1957-2009

Stadium Merdeka

5.00 pagi, 31 Ogos 1957,

Hujan turun dgn lebat. Dato' Abdul Razak yg melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah2 padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dgn Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi,

Hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi,

Langit mulai cerah, rintik2 hujan semakin reda. Perabut & perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat utk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yg memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yg mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan P. Pinang & Melaka kepada negara baru ini.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yg menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai2 menghiasi pagi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak2 bangsa yg datang dari setiap pelusuk negeri. Masing2 hadir dgn harapan yg tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yg penuh bererti, yg tdk akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!


P/S: It’s not happy birthday Malaysia on 31st Aug 1957, but Persekutuan Tanah Melayu as Malaysia was formed on 16th Sept 1963.. ;P